Some old blog entry from personal blog ( Written in Malay )
Its may look old.. but suprisingly I started this business quite a long time already... You can check the price different now...:-)
Untuk pengetahuan semua, stok baru teh daun rasberri ini telah sampai. Expired date dia Nov 2013, sehubungan dengan ini saya akan jual stok lama dengan harga RM26 ( tinggal 1 kotak lagi ) dan stok baru dengan harga RM28. Ramai yang bertanya mengenai kos penghantaran.. Kos penghantaran ialah RM7 untuk 1 atau 2 kotak dan RM9 untuk 3-4 kotak.. Stok adalah terhad kerana masa penghantaran dari UK ke Malaysia mengambil masa sekurang-kurangnya 2 minggu…
Semalam ada seorang kakak yang menghubungi saya untuk membeli teh ini, dan ia telah mengamalkan teh ini beberapa ketika sebagai minuman tambahan yang memberi khasiat dalam mengatur kitar haid dan mengatasi masalah “Premenstrual syndrome (PMS)” atau bahasa kampung kita ialah senggugut. Saya kurang arif dalam masalah ini tetapi sekurangnya dapat mendalami apa yang berlaku ke atas isteri dan adik beradik saya. Maklumlah keluarga saya majoritinya perempuan :-). Menurut kakak tersebut, teh tersebut dibelinya dari Jepun dan 100% herba tanpa perisa. Berbeza dengan teh yang dijual disini, mempunyai perisa asli rasberri dengan kandungan 1%. Jadi anda boleh nikmatinya seperti minum teh biasa dengan rasa masam-masam sikit. Kepada kakak terbabit, anda dijemput untuk berkongsi pengalaman anda sama ada disini atau di bahagian Discussion Board di Facebook Fanpage “Malaysia Raspberry Leaf Tea”. Anda semua boleh klik kat bahagian atas kanan blog ini, dan klik “Like”.
Banyak juga pendapat mengenai masa yang sesuai untuk minum teh ini, seperti yang ditulis oleh banyak website mengatakan biasanya teh ini diminum pada minggu ke 32 kehamilan, dan sesetengah pendapat terutamanya dari pengedar teh “Heath & Heather” ini mencadangkan supaya diminum mulai minggu ke 37 sebanyak segelas sehari dan ditambah sebanyak 2-3 gelas sehari mulai minggu ke 39. Jadi pada saya ini terpulanglah kepada anda kerana yang menentukan tetap dari Allah yang Esa. Mungkin juga faktor fizikal baby dan ibu yang mengandung juga harus di ambil kira terutamanya jika saiz tulang pelvis wanita tersebut kecil dan memaksa pembedahan Emergency Caesarean dilakukan apabila saiz baby terlalu besar.